Sertailah kumpulan yang pertama untuk mengguna RFID. Orang ramai boleh mendaftar melalui laman web www.touchngo.com.my bagi mengambil bahagian dalam ujian perintis tambahan berkenaan.

Berikutan dengan pelancaran RFID, peranti SmartTAG tidak akan dijual lagi bermula 8 Ogos ini tetapi peranti sedia ada, kad Touch ‘n Go dan MyKad masih boleh diguna pakai pengguna lebuh raya untuk pembayaran tol seperti biasa.

 

Rujuk berikut adalah soalan lazim yang ditanya bagi Fasa Percubaan RFID Bagi Pengguna Awam.

1. Apakah RFID?

Touch ‘n Go akan memperkenalkan RFID sebagai satu sistem pembayaran tol elektronik baharu yang menggunakan pelekat sebagai salah satu cara untuk bayaran tol. Pelekat RFID juga dipanggil sebagai tag RFID yang mengandungi cip frekuensi radio dan ditampal pada cermin hadapan atau lampu depan kenderaan. Ianya hanya boleh didaftar dan dipasang pada satu kenderaan sahaja dan tidak boleh dipindah milik. Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas di plaza tol akan mengimbas frekuensi radio daripada tag RFID, dimana tambang tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda.

 

2. Bilakah fasa percubaan RFID bermula?

Fasa percubaan RFID bagi pengguna awam akan bermula pada 3hb September 2018.

 

3. Siapakah yang boleh memohon untuk menjadi pengguna awal fasa percubaan RFID?

Fasa percubaan RFID hanya terbuka kepada pengguna lebuh raya sekitar Lembah Klang yang memandu kenderaan milik persendirian sahaja. Jenis kenderaan yang layak ialah kereta, van, jip dan trak pikap (kenderaan kelas 1). Jenis kenderaan yang lain tidak diterima buat masa ini.

 

4. Bagaimanakah saya boleh memohon RFID?

Pengguna yang berminat untuk menjadi pengguna awal RFID boleh mendaftarkan nama dan maklumat untuk dihubungi di pautan ini, www.touchngo.com.my/html/preregisterRFID.aspx. Segala maklumat dan keterangan lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

 

5. Di mana dan bila saya boleh mendapatkan tag/pelekat RFID?

Anda boleh mengemukakan nama dan maklumat untuk dihubungi sekiranya anda berminat untuk menjadi pengguna awal RFID di pautan ini www.touchngo.com.my/html/preregisterRFID.aspx. Segala maklumat dan keterangan lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat. This information is updated as at 8th August 2018.

 

6. Bagaimana RFID berfungsi?

Touch ‘n Go akan memperkenalkan RFID sebagai satu sistem pembayaran tol elektronik baharu yang menggunakan pelekat sebagai salah satu cara untuk bayaran tol. Pelekat RFID juga dipanggil sebagai tag RFID yang mengandungi cip frekuensi radio dan ditampal pada cermin hadapan atau lampu depan kenderaan. Ianya hanya boleh didaftar dan dipasang pada satu kenderaan sahaja dan tidak boleh dipindah milik. Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas di plaza tol akan mengimbas frekuensi radio daripada tag RFID, di mana palang tol akan terbuka dan tambang tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda.

 

7. Berapakah harga RFID?

Semasa fasa percubaan, bayaran fi tag RFID dikecualikan. Namun, anda perlu menambah nilai Touch ‘n Go eWallet anda untuk membuat pembayaran tol seperti biasa.

 

8. Sekiranya saya menjadi pengguna awal RFID, adakah saya masih perlu membayar tol ketika fasa percubaan ini?

Ya, anda masih perlu membayar tol ketika fasa percubaan ini. Oleh itu, anda perlu menambah nilai Touch ‘n Go eWallet.

 

9. Adakah saya perlu memiliki telefon pintar untuk menggunakan RFID?

Ya. Untuk menggunakan RFID, anda perlu memuat-turun Touch ‘n Go eWallet, iaitu aplikasi mudah-alih dalam telefon pintar anda. Pembayaran tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda. Oleh itu, pengguna perlu memiliki telefon pintar untuk menggunakan RFID.

 

10. Bagaimana jika telefon bimbit saya kehabisan bateri atau tidak mempunyai data/isyarat?

Sistem RFID akan mengesan pelekat RFID untuk bayaran tol dan bukannya telefon bimbit anda. Oleh itu, ketiadaan data/isyarat atau kehabisan bateri tidak akan menjejaskan penggunaan RFID.

 

11. Apakah Touch ‘n Go eWallet?

Touch ‘n Go eWallet adalah aplikasi mudah-alih. Ianya merupakan dompet elektronik (ewallet) yang menyimpan wang elektronik (e-money). Touch ‘n Go eWallet menyediakan perkhidmatan tambah nilai, pembayaran dan pemindahan wang elektronik yang boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ianya juga boleh digunakan bersama RFID untuk membayar tol. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi mudah-alih Touch ‘n Go eWallet, sila layari www.touchngo.com.my This information is updated as at 8th August 2018.

 

12. Dimanakah saya boleh memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet?

Sila kunjungi Google Play Store atau App Store dan buat carian “Touch ‘n Go” untuk memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Untuk maklumat lanjut mengenai Touch ‘n Go eWallet, sila layari www.touchngo.com.my

 

13. Bagaimana cara memasang pelekat RFID?

Pelekat RFID mesti ditampal di cermin hadapan atau lampu depan di pusat pemasangan yang berdaftar. Pemasangan bagi setiap kenderaan dijangka mengambil masa tidak melebihi 15 minit. Segala maklumat dan keterangan lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

 

14. Di manakah pelekat RFID akan dipasang pada kenderaan?

Pelekat RFID akan ditampal sama ada di cermin hadapan kenderaan atau lampu depan kenderaan anda. Lokasi pelekat bergantung kepada kedudukan kadar pengimbasan tag RFID optimum yang akan ditentukan oleh pihak pemasangan berdaftar.

 

15. Bolehkah saya memasang sendiri pelekat RFID?

Tidak. Buat masa ini, segala pemasangan pelekat RFID hanya boleh dilakukan oleh pihak pemasangan yang berdaftar.

 

16. Dimanakah RFID boleh digunakan?

Anda boleh menggunakan RFID di laluan tol yang tertera dengan nama RFID atau MYRFID. Untuk fasa percubaan, tidak semua plaza tol mempunyai lorong RFID. Lebuh raya yang mempunyai lorong RFID adalah seperti berikut:

 

17. Bolehkah saya mendaftar RFID dengan menggunakan kereta orang lain?

Ya. Anda boleh mendaftar RFID dengan menggunakan kereta orang lain tetapi dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet anda untuk pembayaran tol. Segala maklumat dan keterangan lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

(Visited 133 times, 1 visits today)